Wednesday, August 24, 2011

Latar Belakang Sarjani Agro Shop

Sarjani Agro Shop merupakan salah satu anak syarikat kepada Sarjani (M) Sdn. Bhd. Ia telah ditubuhkan pada 23 Disember 2009 dan telah beroperasi selama kira-kira 3 tahun.
Jenis perniagaan yang kami lakukan adalah lebih cenderung kepada barang-barang keperluan bagi sektor pertanian mahupun penternakan. Antaranya ialah kami menjual benih-benih pokok, peralatan dan keperluan pertanian, ubatan untuk ternakan, pelbagai jenis baja dan bahan-bahan membuat baja, menjual hasil pertanian dan kami juga menjual makanan ternakan seperti kambing, ikan, arnab dan sebagainya.
Berikut merupakan antara produk yang terdapat di kedai kami:









Baja Organik Mas Hitam E.M sangat sesuai digunakan bagi tanaman kontan sehinggalah ke tanaman bermusim seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan pokok bunga. Menggunakan bahan tanpa kimia dan tidak berbau busuk ramai pengguna baja ini telah memberikan pelbagai reaksi yang positif.
Walaupun kemampuan sesetengah baja organik telah dipertikaikan, namun bagi mengguna yang pencinta alam, baja ini masih menjadi buruan kerana hasilnya yang konsisten. Baja kimia atau jenis butiran tidak boleh dipertikaikan kebaikannya kerana cepat bertindak balas terhadap tanaman, namun kesan baja tersebut kepada tanah sangat membimbangkan.
Tanah boleh menjadi kering dan tandus, ketiadaan humus atau nutrien semula jadi, tiada mikro organisma baik, tiada cacing dan tanah menjadi padat. Oleh itu, penggunaan baja organik adalah digalakkan bagi memulihkan tanah dan keadaan pokok, tidak kira lah pokok sawit, getah, buah - buahan atau sayuran.
Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut sila hubungi Nurhidayah binti Sarjani (Pentadbiran) = 016-7119837. Syarikat Sarjani Enterprise sedia membekalkan baja dengan harga yang berpatutan bergantung kepada kuantiti.






E-Mas 5 - Racun Organik Serangga

Harga = Botol - RM14.00
0.5 Liter - RM25.00
5 Liter - RM80.00

Keistimewaan: Bertindak mengawal tanaman daripada terkena serangan penyakit seperti kulat, serangan kutu, beenah putih, kurap pokok dan serangan serangga perosak. Diperbuat daripada ektrak cili, bawang putih dan lain-lain mampu untuk menangkis semua serangan tersebut.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.






Baja E-Mas Cecair - Semburan Terus ke Pokok dan akar

Harga = RM12.00

Keistimewaan: Tanaman jenis cerewet yang memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan NPK yang tinggi. Contoh tanaman seperti sayuran, ros, jenis pokok herba, pokok hutan dan perhiasan jenis bonzai.





Semburan E-Mas Environment Clean - Bau Ros/Vanilla

0.5 Liter = RM20.00 (Pati)
Botol = RM12.00

Keistimewaan: Semburan seperti Febreze untuk menghilangkan bau busuk, tengik dan sebagainya. Namun bezanya ialah semburan ini organik 100% menggunakan teknologi e.m. Tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap manusia khususnya kanak-kanak.

Digunakan untuk ternakan peliharaan seperti arnab, tahinya, ayam, anjing, kucing, karpet, kasut, selimut, cadar, langsir dan sebagainya.






Baja Organik Mas Hitam - Jenis Palet/Butir (0.8KG)

Harga = RM5.00


Keistimewaan: Khusus terhadapa tanaman jenis landskap yang memerlukan teknik pembajaan "Slow Release". Jenis tanaman yang sesuai ialah jenis dedaun, orkid, buahan jangka panjang dan rumput golf.
Mudah ditabur dan tdak berbau.






Baja Organik Mas Hitam - Jenis Serbuk (0.8KG)

Harga = RM5.00

Keistimewaan : Sesuai untuk semua jenis tanaman yang perlu cepat bertindak balas. Jenis tanaman seperti cili, sayuran, bunga-bunga dan buahan. Tidak melekit dan berbau, sesuai digunakan didalam dan diliuar rumah atau pejabat.


Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan :

Sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837

No Tel Pejabat & Fax = 07-4850094


No comments:

Post a Comment